Friday 12 August 2011

Bicara Sufi

Sahabatku,
Dekatilah Allah melalui solat mu,
Ceritakan segalanya pada Allah dalam sujudmu,
Allah mendengar rintihan hatimu,
Ikhlaskan hati mendekati Allah,
Bukan kerana mengharapkan pujian manusia,
Mahupun ganjaran dunia..

Perindahkanlah hubunganmu denganNya dalam tahajjudmu dinihari,
Perhatikanlah kata-kata Allah terhadapmu melalui firmanNya Al-Quran,
Perbanyakkan taubat dan zikirmu,
Tapi bukan bermakna kita meninggalkan urusan duniawi kita,

Keimanan yang kita hajatkan dalam diri kita,
Adalah keimanan yang mampu melawan panggilan palsu yang dibisiki syaitan,
Bukan sekadar menjadi manusia yang tahu solat lima waktu,
Tapi dalam solat fikiran dan roh mengingati selain Allah.

Kenalilah Allah,
Kau pasti akan menjumpai yang Allah cukup untuk menaungi hati kita yang selalu lara,
Kalau syaitan seringkali memainkan perasaanmu,
Minta pada Allah agar tetapkan hati.

Hati kita milik Allah,
Allah lah yang beri petunjuk,
Allah juga yang memalingkannya dari kebenaran,
Bukan kuasaku untuk membantu menguatkan hati mu sahabatku,
Tetapi Allah.

No comments:

Post a Comment